
Assalamualaikum .. Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum
May 10, 2017
May 23, 2016
November 1, 2010
PDRM perlu tingkat persepsi awamPeruntukan mantapkan keupayaan perangi jenayah KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menggunakan peruntuk
Peruntukan mantapkan keupayaan perangi jenayah
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menggunakan peruntukan RM350 juta di bawah Bajet 2011 untuk meningkatkan keselamatan awam dengan melaksanakan program untuk mengukuhkan persepsi ma-syarakat kepada pihak berkuasa itu.
Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata langkah itu sejajar penurunan kadar indeks jenayah jalanan sebanyak 38 peratus dan penurunan indeks jenayah keseluruhan kepada 16 peratus untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Peruntukan ini akan memantapkan keupayaan PDRM memerangi jenayah yang menjadi kebimbangan rakyat dan ia juga dapat mengukuhkan pandangan rakyat kepada kejayaan memerangi jenayah dicapai PDRM sebelum ini, katanya kepada Berita Minggu, semalam.
Beliau mengulas peruntukan RM350 juta untuk pelaksanaan pelbagai program, antaranya program pembanterasan jenayah pecah rumah, kecurian motosikal dan kereta serta menjalankan program bandar selamat dan program skim rondaan sukarela di kawasan risiko tinggi.
Katanya, PDRM perlu bekerjasama dengan pihak berkepentingan seperti penduduk, badan bukan kerajaan (NGO), pemaju dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menjayakan program bandar selamat yang bertujuan meyakinkan pelabur asing dan tempatan.
Ia bagi memastikan program pencegahan jenayah dilakukan bersifat menyeluruh dan inklusif, katanya sambil menegaskan MCPF sedia bekerjasama dengan PDRM untuk merangka program pencegahan jenayah untuk masyarakat.
November 1, 2009
October 31, 2009
July 15, 2009
April 15, 2009
January 13, 2009
November 8, 2008
October 22, 2008
October 21, 2008
September 9, 2008
Bahaya fitnah
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda : “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12).
Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.
wallahuwalam