June 30, 2008
SUARA YANG DIDENGAR MAYAT
Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini.
SUARA YANG DIDENGAR MAYAT
Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. AmalnyaAda Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya. Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. · - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu · - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
· - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu · - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ...Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan... · - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah · - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara · - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa · - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan · - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha · - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah · - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal · - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya · - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan." Ketika MayatDiusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. · - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan · - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat · - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. · - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat · - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik · - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat .... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan... · Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan... · - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis · - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka · - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian.. .
Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... . · Kini Kau Tinggal Seorang Diri · Tiada Teman Dan Tiada Kerabat · Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. · Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri · Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku · Hari Ini,.... · Akan Kutunjukan Kepadamu · Kasih Sayang-Ku · Yang Akan Takjub Seisi Alam · Aku Akan Menyayangimu · Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya". Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , "Wahai Jiwa Yang Tenang · Kembalilah Kepada Tuhanmu · Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya · Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku · Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"
BILA MAUT DATANG MENDADAK
Aku bimbang ..sangat bimbang ..Bagaimanakah kalau besok..aku mati mendadak?Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindakHutangku masih berlambak-lambak.Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunaiHutang bank rumah-ku masih belum selesaiKewajipanku masih banyak yang terbengkalai.Aku bimbang..sangat bimbang..Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakholeh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajahAtau ................. apakah aku akan dibelasah oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?Apakah aku dapat menahan sakitBila ular kubur datang menggigitKerana sembahyangku yang amat sedikit.Aku bimbang..sangat bimbang..isyak masuk..ayah ke surau menyembah AllahAku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,Ayah bertasbih, bertahmid.. berzikir memuji TuhanAku terjerit2..MENYOKONG PESERTA REALITI TV TU.Ayah menggunakan masa mencari redhaan TuhanTapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandangBagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?
Aku bimbang..amat bimbang..imanku masih terumbang-umbangKetika aku di dalam kubur..adakah orang yang akan mendo'akan ?Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'anBuat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihanNasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan ?Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.Aku bimbang..sangat bimbang..amal ibadahku sangat berkurang !WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarangTinggalkanlah padang bola..TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti oranglainQada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamuBerhentilah menjadi sahabat syaitanAgar hidupmu mendapat keredhaanSebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH
15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan
- angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"
15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beris! tighfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat dalam hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakkan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagiRumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa
LALUAN MANUSIA......................
LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)
LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala
LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati
LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH
LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat
LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram
LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH
LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.
LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya
WALLAHUWALAM
KISAH-KISAH TELADAN
KISAH LIMA PERKARA ANEH
ANJING-ANJING NERAKA
PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI
BERKAT MEMBACA BISMILLAH
KISAH BUMI DAN LANGIT
KISAH NERAKA JAHANNAM
TUJUH MACAM PAHALA
PUASA 10 MUHARRAM
NAFSU YANG DEGIL
ENAM PERSIMPANGAN
WASIAT KEPADA RASULULLAH
HIKMAH TINGGALKAN BOHONG
BATU-BATU YANG ANEH
PESANAN KEPADA NABI MUSA
MEMBANGKANG PERINTAH AYAH
AWAN MENGIKUTI ORANG
AYAT KURSI MENJELANG TIDUR
MUSA DENGAN TUHAN
JENAZAH MENJADI BABI HUTAN
ARAK PUNCA KEJAHATAN
KASIH SAYANG ALLAH SWT
1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH
BINATANG YANG BERNAMA HURAISY
10 SOLAT YANG TIDAK DITERIMA
12 AZAB TINGGALKAN SEMBAHYANG
KISAH TEMPAT TINGGAL RUH
KELEBIHAN BERSELAWAT
MAYAT BANGUN DARI KUBUR
SYAITAN MENGGODA IMAN
BERBAKTI KEPADA IBUBAPA
KAMAR-KAMAR DI SYURGA
KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD
KISAH ULAT & NABI DAUD
PEMUDA BERNAMA 'UZAIR
TANDA-TANDA KIAMAT
RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA
KISAH PENDITA INSAF
PEMALAS & ABU HANIFAH
PAHALA BANTU TETANGGA
MAKAN HASIL TILIK
WALI SOLAT ATAS AIR
PAHLAWAN NERAKA
MENANGIS TAKUTKAN ALLAH
LUQMAN & TELATAH MANUSIA
JIBRIL MIKAIL MENANGIS
ILYAS & MALAIKAT
BANGUNAN TIDAK ROSAK
KELEBIHAN AYAT KURSI
BERPISAH ROH DARI JASAD
SIKECIL TAKUT NERAKA
KRISTIAN MASUK ISLAM
BALASAN TINGGAL SOLATApril 1999
UNTA PATAH RANCANGAN ABU JAHAL
PENDERITAAN ABU HURAIRAH
AMAL PERBUATAN
ORANG PALING BERANI
MABUK DALAM CINTA
JURU DAKWAH YANG TIDAK GENTAR
KUBUR FATIMAH BERKATA
ASAL USUL HAJAR ASWAD
UNTA MENJADI HAKIM
KEJUJURAN SAUDAGAR PERMATA
DIBINASAKAN HUD-HUD
CINTA SEJATI SEORANG IBU
PEDOMAN HIDUP NABI IDRIS
LIMA BELAS BUKTI
KAFAN DARI RASULULLAH
RAHSIA KHUSYUK
KITAB ALLAH YANG DAHULU
LELAKI LAWAN IBLIS
ASAL USUL MAQAM IBRAHIM
KESABARAN PEREMPUAN
PERBUALAN RASULULLAH & IBLIS
ANTARA SABAR DAN MENGELUH
KISAH NABI SALLEH A.S
POTONG TANGAN KERANA SEDEKAH
JANGAN SIKSA DIRI
SYAHID SELEPAS MENGUCAP
NAMA SYURGA & NERAKA
LAPAR KERANA TETAMU
GUNUNG MENANGIS
ARAK MENJADI MADU
Rahsia Kekusyukan Ibadah Solat... Mampukah Kita Berbuat demikian.
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air.
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Kisah Pemuda Beribubapakan Babi
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL.
June 29, 2008
Penawar penyakit batuk / penyakit lelah / menghilangkan lendir dalam badan
Bismillahirrohmanirrohim
Terangkat-angkat
Kelam Cahaya kelam
Cahaya kelam
Cahaya cerah
Nyawa aku / ( sebutkan nama pesakit )
Bukan kuasa aku,
Tapi kuasa Allah s.w.t.
Selowat - 3 kali
Insya’Allah mujarab.
( Ucap terima kasih pada ’Makcik Jah’, Kangar, Perlis yang telah mengajar ayat ini. Semoga Allah s.w.t. murahkan rezeki beliau dan keluarganya )
Khasiat Bismillah Enam.. Cuba Amalkan
Barangsiapa membacanya dengan hati yang ikhlas dan yakin penuh kepada Allah s.w.t., Insya’Allah mujarab dengan izin Allah di antaranya:
1. Makbul segala hajat dan cita-cita.
2 Luas rezekinya.
3. Jika di tiup pada perempuan, nescaya kasih ia kepada kita.
4. Menang di dalam peperangan.
5. Penerang hati.
6. Di jauhkan daripada segala penyakit.
7. Di baca 70 kali tiap-tiap hari, aman daripada ancaman raja-raja dan pembesar- pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
8. Di baca pada tempat yang suci, boleh melihat malaikat, jin dan syaitan-syaitan.
9. Di baca pada malam Jumaat 20 kali, boleh melihat orang di dalam kubur.
10. Aman daripada binatang-binatang buas.
11. Air laut menjadi tawar.
12. Terlepas daripada terkena bunuh jika di baca pada tubuh badannya.
13. Jika di tulis dijadikan azimat atau di baca pada sawah, aman daripada tikus dan ancaman musuh yang lain.
14. Terselamat daripada merbahaya seteru dan musuh.
15. Terselamat daripada terkena karam di laut.
16. Jika di baca pada minyak malam jumaat tiga kali, boleh memudahkan perempuan beranak manakala di minumnya.
17. Jika di baca doa ini pada apa-apa benda kemudian di rendamkan ke dalam air selama 3 (tiga) hari atau 7 (tujuh) hari, Insya’Allah segera mendapatnya.
18. Orang yang pekak jika dibaca pada telinga kanannya tujuh hari, insya’Allah mendengar ia.
19. Orang yang gila atau mereka yang di rasuk oleh iblis apabila di baca di telinga tiga kali Insya’Allah larilah iblisnya.
20. Boleh menawarkan segala jenis bisa.
21. Terkeluar daripada penjara apabila di baca bersungguh-sungguh.
Anda Perut Buncit.. Amalkan Petua Ini,,, Insyaallah
Khasiat Surah Al-Waqiah
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.
Hikmat Ayat Seribu Dinar
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini keika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
Melihat Malaikat didepan Mata...
"Siapa kamu yang berani menceroboh rumahku ?" tanya Nabi Ibrahim."Aku dimasukkan ke dalam rumah ini oleh tuan empunya rumah ini," jawab lelaki itu, ringkas.
Nabi Ibrahim terdiam. Dia mula terfikir sesuatu."Katakan padaku, adakah kamu ini malaikat?""Lelaki tersebut menjawab pertanyaannya, "Ya...dan akulah malaikat maut !"
Lantas Nabi Ibrahim bertanya, "Kalau begitu, bolehkah kamu tunjuka padaku akan keadaan wajahmu apabila hendak mencabut nyawa orang lain?"Berkata malaikat maut, " Berpalinglah kamu dariku buat seketika."Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya. Beberapa ketika kemudian malaikat maut kembali. Alangkah terperanjatnya Nabi Ibrahim apabila melihat keindahan wajah malaikat maut itu. Wajahnya seperti orang muda, sangat tampan, memakai kain yang cukup cantik dan di saluti bau yang harum semerbak.
Kata Nabi Ibrahim, "Wahai Malaikat maut, jikalau orang mukmin menatap wajahmu saja sebelum mereka mati, maka itu pun sudah cukup bagi mereka."
Syaitan Pun Takutkan Allah SWT
Gaji Ceo TNB mengalahkan PM betulkah..
June 22, 2008
Kah kah kah kah cerita lawak dan .....
Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat tingkah laku istrinya, yang pada malam pertama membuka jendela dan menatap ke langit melihat bintang-bintang.Dengan jengkel suaminya berkata..."Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama kita ini?" Jawab sang istri,"Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah selama hidup saya. Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan malam ini, aku akan menatapnya sampai pagi."
Lawak Suami Isteri
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidakbertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota..." KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis..." BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "
Lawak Mlam Pengantin
Majlis pernikahan dah selesai tetamu sudah balik si ayah mengelamun sendiri. Di kamar pengantin kedua mempelai asyik membelek hadiah-hadiah si ayah pasang telinga mendengar perbualan. Kedua pengantin sedang membelek sepasang kasut hadiah dari tetamu yang datang. " Nak cuba pakai malam ni , bang." pengantin perempuan bersuara berdebar dada si ayah mendengarnya. " Boleh saja biar abang masukkan?" Pengantin lelaki menyarung kasut di kaki isterinya. "Tak muat bang, sempit oh sakitnya." Ternyata kasut bukan saisnya. "Kalau Tak muat nak buat camana?" Pengantin lelaki gundah suaranya. " Sapu air liur???" Si ayah bersuara Ketawa pengantin berjela-jela. Ternyata si ayah silap sangka.
Kencing masam - lawak orang Kelantan
Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu...Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untukmendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki mudajuga dengan tujuan yang sama.Lelaki muda menyapa" Pok cik ni sakit gapo?""Kecing manih. Lamo doh."Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masukseorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanyaorang muda di sebelahnya,"Tu bakpo pulok?""Kecemase""Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."
muntah-muntah
Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.Peserta pertama dari Amerika..Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.Peserta kedua dari Jepun..Baru 10 minit dia sudah pengsan.Peserta ketiga dari Afrika,Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.Terakhir peserta dari Bangladesh...Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.
Kisah Janda
Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk." Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan nada yang manja." Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak." Baguslah , " kata janda itu pula." Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara.....
huhu terberanak
Sorang pompuan tu... TERberanak dalam lif. Punyalah dia malu... melalak dan tak mau keluar lif... Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni... nak bawa ke hostipal."Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hostipal". "Tak maulah doktor, saya malu"Kemudian kata doktor tu... "Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi terukpunya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak.... Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.Kata amoi tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!".....
June 18, 2008
TEKA TEKI YANG PATUT DIBERI PENAMPAR .... PANGGG!!!!!
TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR !!!
1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik....
2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa
3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.
4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang....cube kira brape black belt dia ade.
5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada
saye.
6) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'
7) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...
8) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus
9) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut
10) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak
11) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'
12) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: Sekretari baik.................. 'Selamat pagi Boss' Sekretari
kurang baik........... 'Dah pagi ni Boss'
13) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...heheheh
14) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur
15) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung
16) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...
17) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ....gile
ape...
18) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah..
25 PESANAN LUKMANUL HAKIM
01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini
bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam
ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama
TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL
kepada ALLAH.
02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya
untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat
penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar
setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa
menerima kemulian dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan
rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,
maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat
kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat
kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu
kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya
ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu
hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang
sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai
ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar
takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari
sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang
air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang
yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,
memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih
mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa
beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat
berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,
adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang
jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang
yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang
yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak
menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah
dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal
sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat
yang berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu
kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang
berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu
kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu
diberikan kepada anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan
sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana
manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang
orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan
para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari
mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya
bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau
tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah
banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih
mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan
sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura
pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu
dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah
engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
demikian, maka berhati hatilah.
17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu
serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan
disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap
orang lain yang pernah memberikan barang yang
berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah
dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan
sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku
sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat
riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada
urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia
saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk
dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih
hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta
kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam
diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau
bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah
engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah
engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan
disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada
berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak
dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan
menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang
alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya
kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan
nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur
lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar
keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya
untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia
ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau
makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah
engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam
dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Semoga bermenfaat,
Wassalam.
SEBAB UTAMA LELAKI MASUK NERAKA
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji
dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
mengajarnya bersolat ... ..menutup aurat?..
pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
bertangguh, maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg
kau akan
sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...
kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat
kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
maksiat... dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...
selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
............ ......... ......... ......... ......... ..
Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu
hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,
jin dan batu-batu... ."
SETELAH MEMBACA NYA SAMPAIKAN PULA KEPADA SAHABA-SAHABAT ANDA YANG
LAIN,
UNTUK MEREKA PULA RENUNGI MESEJ INI.
TANDA2 KEMATIAN
dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar.... .. Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik dihati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan keha! diran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat...Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
" Tanda 40 hari "
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu ashar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti
kita sepanjang masa ...
Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika...
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa
adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.. .......
" Tanda 7 hari "
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesaktian
dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera
untuk makan...
" Tanda 3 hari " Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini
dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang
yang akan memandikan kita nanti.... Ketika ini juga mata hitam kita
tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi... Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan
Beransur-ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan...
" Tanda 1 hari " Akan berlaku sesudah ashar dimana kita akan
merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di kawasan
ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui
waktu ahsar keesokan harinya....
" Tanda akhir "
Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian
pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian Halkum... Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat
SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut
untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...
SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU
ADALAH BIJAK
WANITA CIPTAAN ISTIMEWA
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.....
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
12.. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..
16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.
17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI
Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan. Untuk renungan bersama... insyaAllah.. .
Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang
Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua... ... ...
... .di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.
Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.
Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti ituj arang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedarsaya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak,sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.
Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.Sehinggala h saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya didunia ini.Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf d aripadanya.
Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."
Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah.
Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya